Monday, January 16, 2012

solat sunat dhuha

solat sunat dhuha dilaksanakan seawal 8 pagi sehingga 11 pagi...sesuailah dengan makna dhuha iaitu pagi..solat dhuha dikerjakan mengikut kemampuan antara 2 hingga 12 rakaat...dan baca lah doa yang disarankan selepas solat...


"Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu..." "Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..."

doa yang di atas cukup sempurna dan baik untuk memohon keberkatan rezeki dari Allah S.W.T Yang maha Esa...

No comments:

Post a Comment