Wednesday, January 4, 2012

epi...epi....epi...new year 2012...


salaam everyone..sekali sekala dah aku menjenguk blog ni...dah rasa pun macam rama-rama..hehhee...not too late nak ucapkan selamat tahun baru 2012...12 bulan, 365 hari bakal ditempuhi...ada benda yang kita takkan langsung terjangka akan berlaku, ada benda yang kita rancang takkan sempurna...kita hanya merancang kan, Allah S.W.T jua yang menentukan segala-galanya...apa yang mampu kita lakukan hanya do it + doa + tawakkal...errmmm... 4 tahun since bergelar graduat menyandang GSTT...every year tertunggu-tunggu either kontrak disambung or tidak...nak cari kerja lain, Labuan memang banyak menawarkan kerja swasta...tapi setiap kali nak apply kerja lain, terdetik juga karang kalau kerja tetiba kena panggil balik GSTT takkan kena bayar ganti rugi...rugi rugi...so, take d risk, tunggu lah panggilan...tiga tahun (2008-2010) semua start bulan Januari, kecuali last year 2011 bulan Mac baru ada pengambilan...tapi itu pun sykur Alhamdulillah, sedang GSTT negeri-negeri lain menunggu, kami GSTT di Labuan dipanggil oleh JPN Labuan untuk mengisi kekosongan...

Kronologi daripada itu, menyinari 2012 khabar gembira daripada KPM menawarkan tempat kepada GSTT untuk mendapatkan diploma pendidikan, tahun baru 2012 insya-Allah akan bermula dengan gelaran sebagai seorang pelajar pada 20hb Februari nanti...bulan-bulan yang akan datang pasti penuh cabaran, dan kawan-kawan yang lain kita terima tawaran ini dengan kesyukuran dan akan membalas dengan menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental...

2011 juga meninggalkan pelbagai kisah suka dan duka...senang membuat orang lain kecewa dan terasa dengan apa yang kita lakukan...atau kadang-kadang kita tidak menyedari langsung apa yang kita lakukan atau apa yang kita katakan telah mengguris hati orang lain...kan orang tua berpesan, rambut sama hitam, hati lain-lain...jadi jangan cuba kita menyamakan orang lain dengan diri kita sendiri sebaliknya kita kena letakkan diri kita pada orang lain, baru kita akan dapat memahami perasaan orang lain....apa yang paling menyebalkan, bila ada sesetengah orang tidak menyedari langsung kesilapan yang telah dilakukan...bak kata orang "redah kasih pecah" wat-wat selamba saja...errrmmm macam mana tu?dah nampak pla orang yang terguris tu pula yang macam berdosa, hati orang dah sakit nak wat mcm mana kan?dah jadi macam nasi dingin...hehheee...maafkan tu boleh, melupakan tu...errmmmm susah sikit...



ada kena mengena tak???hahhaa..

apa pun azam...yang pasti 12 bulan yang mendatang pasti dapat ditempuhi dengan baik dan yang pasti 2013 pasti akan menggantikan 2012...so, sebelum kita meninggalkan 2012 dan menyesali sesuatu, bukankah lebih baik kita melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan menjadikan ia sebagai memori yang paling manis dan diingati...

No comments:

Post a Comment