Friday, February 10, 2012

mengatur langkah

agak lama tidak mengemaskinikan blog...tidak juga sibuk dan tidak juga terlalu senang...namun masa-masa yang ada betul-betul diluangkan pada dania yang kiut...ermmm rasa berat pula di hati hendak berjauhan dengan si gadis yang kecil molek ini...tinggal kurang seminggu sahaja lagi mendaftarkan diri di Universiti Malaysia Sabah...tidak lain yang diharapkan semoga Allah S.W.T sentiasa mempermudah perjalanan di sepanjang pengajian..tidak menemukan dengan orang yang salah...cukuplah sudah berhadapan dengan konflik dengan orang yang salah...cukup juga lah menjadi orang yang terlalu mudah untuk didekati dan dipermudahkan...terasa tahun ini menjadikan tahun yang berhati-hati...insya-Allah, yang lainyang tersinggah ke blog ini walaupun tidak mengenali siapa aku, doakan lah yang terbaik...terima kasih... :)

Tuesday, January 24, 2012

the lost valentine

ooohhhh kenapa kah?petang-petang begini air mata ku menitis..uuuhhuuu...tengah hari tadi sekitar kawasan rumah x da elektrik...tapi bukan kerana itu aku menitiskan air mata...hehhee...but then dalam sejam lebih kemudian, kipas di siling bergerak sendiri...apa kah maknanya itu?jeng jeng jeng...dah ada elektrik...so, terus on tv cari movie nak melepak-lepak waktu petang...then...taraaaa...

the lost valentine @Diva 702....

movie @Diva ni pun memang boleh layan...dulu Hallmark dah bertukar nama jadi Diva...nasib bek lah tengok movie ni sorang-sorang ja tadi...ehhehee...boleh la melayan jiwa raga...60 tahun ooowhhh waiting for her husband...betapa setianya wanita ini kepada suaminya...uhuuuu...insya-Allah, aku pun berharap akan menjadi seorang pencinta yang setia...amin...hehhee...back to d story...husband dia seorang tentera laut US yang bertugas semasa zaman perang menentang Jepun di area Filipina...baru seminggu kahwin dah dipanggil bertugas...but then, dia dapat telegram yg suami dia ni hilang...masa ni memang sedikit ada sentuhan di hati...uhuuu...
Jennifer Love Hewitt ni pula ialah seorang wartawan yang akan scoop love story ni sebab wanita ini kelihatan di stesyen keretapi every year on valentine's day...dengan harapan, suami yang dinanti akan pulang...bukan setahun dua, 60 tahun lamanya...so, Jennifer ni lah yang membantu mencari semula suaminya sehinggalah ditemui mayat suaminya dikebumikan di Filipina...sedihnya hati seorang isteri...dan antara yang menarik aku menonton movie ini juga ialah...


tadalah ensem sangat...tapi perwatakan dalam cerita ini memang...haaaii...

pengajaran yang aku dapat daripada cerita ini ialah...kalau mencintai seseorang, cubalah rebut peluang...mana tahu, peluang itu ada dan akhirnya berbahagia...kalau tak mencuba, sampai ke sudah saja jadi ingatan seumur hidup...dan...setialah pada yang dicintai...bukan semua orang dapat memahami diri kita, so setialah pada yang telah memahami diri kita sepenuhnya...ooowhhh...apa kena aku petang ni...i love you...



Monday, January 16, 2012

solat sunat dhuha

solat sunat dhuha dilaksanakan seawal 8 pagi sehingga 11 pagi...sesuailah dengan makna dhuha iaitu pagi..solat dhuha dikerjakan mengikut kemampuan antara 2 hingga 12 rakaat...dan baca lah doa yang disarankan selepas solat...


"Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu..." "Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..."

doa yang di atas cukup sempurna dan baik untuk memohon keberkatan rezeki dari Allah S.W.T Yang maha Esa...

Saturday, January 7, 2012

mei mei said.... "saya suka saya suka..."

ermmm...ini lah akibatnya rasa banyak masa terluang...sekarang ja ni hehhee...lepas ni sudah terbayang suasana bergelar seorang student...well, selain menjadi pakar runding hiasan dalaman (sewaaaah) my sis...masa-masa yang terluang ni juga lah sedang memikirkan peluang bisnes yang ada....tak lain dan tak bukan...bisnes kek dan tart...hehheee...


island tart fruit...

jeng jeng jeng...inilah kepakaran yang aku ada...menghasilkan tart buah yang di atas mengikut tempahan..selalunya, tempahan yang diterima 100 biji ke atas...memang aku gerenti makan sekali tak kan cukup...hehheee...

siap dalam package lagi...

cantik kan?berseri-seri...hehhee....rasanya double lagi sedap macam rupanya...so, kalau ada sesapa yang terasa nak menikmati...sila-sila lah... :)

masa-masa terluang

selamat menunaikan fardhu maghrib...my sis tahun ni alhamdulillah dapat pindah balik ke Labuan, sekecil-kecil pulau ni walaupun ramai yang pindah ke sini merungut tak ada tempat nak riadah, sebagai anak jati Labuan, aku tetap bersyukur Labuan aman dan permai...tempat riadah paling best dan santai of course bagi warga Labuan yang sejati, di rumah lah tempatnya dan tempat makan paling sedap juga adalah di rumah...sebab tu 99% rumah warga Labuan mempunyai kemudahan yang lengkap dari sekecil-kecil tv dan dvd player sampai lah sebesar-besar home theater... :)...

by the way, itu cuma sampingan isi post pada awal malam ini...hehhee...sebab kadang-kadang tak terjawab member orang luar asyik tanya "mana tempat makan yang best?" "tak boring ker x da tempat nak tuju week end?"...any how, my sis berkhidmat semula sebagai pendidik di pulau ini. sebagai seorang adik yang cuba meringankan beban dan ingin mencurahkan hasil seni, maka aku telah mengofferkan diri mereka cipta jadual waktu kelas yang boleh di ubah suai...

jadual waktu kelas last year...sebagai contoh...

jadual yang di atas adalah jadual waktu kelas aku yang lama...sehari semalam aku menghasilkan jadual..kalau bagi student memang senang, senang ja kerja diorang...tulis ja atas manila kad guna pen....adoooiii...so, ada baiknya cikgu lah yang tolong buatkan...janji diorang bertanggungjawab menjaga...


jadual yang siap tapi belum touch up...

hehhehee...besar tapak kaki gajah jadual yang terhasil...sekali my sis gtau, papan kenyataan dalam kelas dia cukup-cukup untuk info subjek yang lain der...jadi, aku terpaksa buat sekali lagi...


 
taraaaaaa....


ini lah hasilnya semalaman...seminggu juga buat benda yang satu ni...polisterin tu mula-mula aku konpiden ja boleh muat...sekali tak muat langsung...aku potong tapi dah jadi menyenget..so, biar saja lah buat-buat jadi macam abstrak....so, untuk cikgu Norhayati Yahya...terima kasih kerana membantu aku mengisi masa yang terluang ini..hehhehheee....selamat memulakan hari persekolahan 2012 (walaupun dah masuk minggu ke-2)

Wednesday, January 4, 2012

got so much things to do....wooowww

hai hai hai...ni kes rindu mengupdate blog lah ni...baru ja sesaat update dah satu lagi...actually banyak dalam kepala otak ni benda nak dibuat...preparation untuk masuk mendaftar sebagai student di UMS kampus KK...ooohhhh universiti lama ku...i miss KingFisher so much...masih ada ka restoran Mawi...hehheee....



banyak benda nak dibuat, tapi satu apa pun tak buat lagi...apa kes ni...tengok GSTT lain dalam wall FB GSTT tu ramai dah buat medical check-up segala...yang aku???masih duduk di rumah jaga anak buah aku yang comel lote, Dayang Elzy Dania...so aku wat plan sendiri-sendiri, ada member memang bagus tapi kalau susah nak bergerak armai-ramai macam power rangers, kan baik bergerak solo...no wonder lah kan, banyak band berpecah...hahhahaa...(tak ada point langsung)


ahhahhaa...so, sebagai permulaan...esok aku ngan Diana akan buat medical checkup yang dengar-dengarnya berbayar di hospital kerajaan...tak adanya doktor macam yang di atas di hospital Labuan...hehheee...aku suka tengok Oprah, so aku kenal lah sikit-sikit Dr.Oz...

errmmm...then, baru nak siap-siapkan dokumen segala yang bersahkan..gambar passport 10 keping....aiiiiiyoooo 10 keoing tu diorang nak...boleh tak aku bergaya sakan dalam gambar tu?hahhaa...juz joking...then, siapkan setem hasil 4 keping...dan semua-semua lah yang dalam surat tu minta...ikut ja apa yang diorang nak kan...lagi senang, tak payah dengar banyak sangat khabar angin...karang perut masuk angin...hehheee....okay...daaaaa....nak ready2 ni....

epi...epi....epi...new year 2012...


salaam everyone..sekali sekala dah aku menjenguk blog ni...dah rasa pun macam rama-rama..hehhee...not too late nak ucapkan selamat tahun baru 2012...12 bulan, 365 hari bakal ditempuhi...ada benda yang kita takkan langsung terjangka akan berlaku, ada benda yang kita rancang takkan sempurna...kita hanya merancang kan, Allah S.W.T jua yang menentukan segala-galanya...apa yang mampu kita lakukan hanya do it + doa + tawakkal...errmmm... 4 tahun since bergelar graduat menyandang GSTT...every year tertunggu-tunggu either kontrak disambung or tidak...nak cari kerja lain, Labuan memang banyak menawarkan kerja swasta...tapi setiap kali nak apply kerja lain, terdetik juga karang kalau kerja tetiba kena panggil balik GSTT takkan kena bayar ganti rugi...rugi rugi...so, take d risk, tunggu lah panggilan...tiga tahun (2008-2010) semua start bulan Januari, kecuali last year 2011 bulan Mac baru ada pengambilan...tapi itu pun sykur Alhamdulillah, sedang GSTT negeri-negeri lain menunggu, kami GSTT di Labuan dipanggil oleh JPN Labuan untuk mengisi kekosongan...

Kronologi daripada itu, menyinari 2012 khabar gembira daripada KPM menawarkan tempat kepada GSTT untuk mendapatkan diploma pendidikan, tahun baru 2012 insya-Allah akan bermula dengan gelaran sebagai seorang pelajar pada 20hb Februari nanti...bulan-bulan yang akan datang pasti penuh cabaran, dan kawan-kawan yang lain kita terima tawaran ini dengan kesyukuran dan akan membalas dengan menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental...

2011 juga meninggalkan pelbagai kisah suka dan duka...senang membuat orang lain kecewa dan terasa dengan apa yang kita lakukan...atau kadang-kadang kita tidak menyedari langsung apa yang kita lakukan atau apa yang kita katakan telah mengguris hati orang lain...kan orang tua berpesan, rambut sama hitam, hati lain-lain...jadi jangan cuba kita menyamakan orang lain dengan diri kita sendiri sebaliknya kita kena letakkan diri kita pada orang lain, baru kita akan dapat memahami perasaan orang lain....apa yang paling menyebalkan, bila ada sesetengah orang tidak menyedari langsung kesilapan yang telah dilakukan...bak kata orang "redah kasih pecah" wat-wat selamba saja...errrmmm macam mana tu?dah nampak pla orang yang terguris tu pula yang macam berdosa, hati orang dah sakit nak wat mcm mana kan?dah jadi macam nasi dingin...hehheee...maafkan tu boleh, melupakan tu...errmmmm susah sikit...



ada kena mengena tak???hahhaa..

apa pun azam...yang pasti 12 bulan yang mendatang pasti dapat ditempuhi dengan baik dan yang pasti 2013 pasti akan menggantikan 2012...so, sebelum kita meninggalkan 2012 dan menyesali sesuatu, bukankah lebih baik kita melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan menjadikan ia sebagai memori yang paling manis dan diingati...