Thursday, December 1, 2011

LAUGH LAUGH LAUGH AND LAUGH

Today, kita mulakan hari dengan wajah yang ceria dan senyuman yang menawan. Siapa tahu senyuman yang kita lemparkan boleh menghilangkan migrain yang dihadapi oleh orang lain...so say cheeeeese.. Ni ada satu kisah lawak yang rasanya dah pernah dengar...
Aboi di dalam lif bersama dua wanita yang berlagak elegan. Memandangkan lif itu ialah kotak kecil yang bergerak ke atas dan ke bawah sahaja, maka segala perbualan dua wanita itu didengari sahaja oleh Aboi.
"i dengar malam tadi u gie dinner eik." Usik wanita A pada B. B tersengih.
"he's bring me dinner to Italian. lobster besar-besar. x habis i nak makan. mahal pula tu. tonite dia nak ajak i gie dinner kat hotel 5 bintang." nah kau, panjang pula jawapan dari si B. Si A senyum saja, dalam hati tak mau kalah.
"hotel kat mana?i syorkan u g hotel kuda putih, dinner kat situ klas u. bopren i ajak i dinner kat situ last week,i bawa mother i sekali. mother i suka dinner, omost thousand juga tau." Si A kebanggaan. Si B berdehem. Sedang si Aboi di belakang hanya mendengar sahaja. Terasa nak sampai ke tingkat 12 macam sehari semalam.
"iyer?makan tiga orang memang macam tu. malam tadi, kita makan dua orang pun dah cecah thousand."
Ting...Akhirnya...Aboi melepaskan kelegaan, sampai jua ke tingkat yang dituju.
"eeeiii busuknya..." Dua-dua wanita itu menutup lubang hidung masing-masing.
"excuse me...tu bau, telur lima posen ja warung kat bawah...sedap..."
Aboi melangkah keluar dari perut lif meninggalkan tinggalan sejarahnya. Bau yang tak hengat...

Haaahahahhaaaa... Apa pun yang kita makan, tak elok membazir. Nanti x sampai sehari pun dicerna mengalir jua  ke Indah Water...peace :)

No comments:

Post a Comment